Zine El Abidine Ben Ali
Zine El Abidine Ben Ali

Zine El Abidine Ben Ali

Zine El Abidine Ben Ali (Bahasa Arab: زين العابدين بن علي‎ Zayn al-‘Ābidīn bin ‘Alī), (lahir 3 September 1936-19 September 2019) adalah Presiden Republik Tunisia yang kedua antara 7 November 1987 dan 14 Januari 2011.[1] Beliau mengambil alih kuasa daripada Presiden Habib Bourguiba dalam satu rampasan kuasa tak berdarah, selepas berkhidmat sebentar sebagai Perdana Menteri. Beliau kemudian sentiasa terpilih semula dengan majoriti besar dalam setiap pilihan raya, kali terakhir pada 25 Oktober 2009 untuk penggal kelimanya.[2]Pada 14 Januari 2011, mengikuti Revolusi Tunisia, beliau terpaksa melarikan diri ke Arab Saudi bersama isterinya Leïla Ben Ali dan tiga anak mereka.[1] Ini menandakan kali pertama seorang pemimpin negara Arab digulingkan oleh peristiwa tunjuk perasaan di jalanan.[3]Kerajaan sementara Tunisia telah meminta Interpol mengeluarkan waran tangkap, mendakwanya untuk pelaburan wang haram dan pengedaran dadah. Beliau dan isterinya dijatuhkan hukuman in absentia penjara 35 tahun pada 20 Jun 2011.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Zine El Abidine Ben Ali http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cac... http://www.huffingtonpost.com/2011/06/20/zine-el-a... http://www.nytimes.com/2011/01/15/world/africa/15r... http://www.parismatch.com/Actu-Match/Monde/Actu/Be... http://www.rfi.fr/actufr/articles/053/article_2795... http://www.amnesty.org/en/region/tunisia http://www.protectionline.org/Kamel-Jendoubi-Sihem... http://www.rsf.org/Dans-le-monde-de-l-apres-11.htm... http://www.webcitation.org/5vkC6mFEY http://www.carthage.tn/en/index.php